<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d6480377701072727520\x26blogName\x3dSastera\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://nurfarhanahrosli.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_US\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://nurfarhanahrosli.blogspot.com/\x26vt\x3d1784777009601498239', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

Tuesday, July 29, 2008


Manusia dan Kesejahteraan

Salmi Manja

Tema: Kerosakan akhlak manusia zaman ini.

Stanza1: Kelelahan kita semakin parah tenatnya
Berserta kekejaman mengatasi kedamaian
Titik pertemuan menjadi tentangan
Tak siapa mau beralah

Makna: Pada masa kini, orang lebih menggunakan kekerasan untuk menyelesaikan masalah dan untuk mencapai keamanan. Apabila berhimpun ataupun berkumpul, pertelingkahan akan tercetus kerana tiada pihak yang mahu 'beralah'.Semua mahu menang ataupun mahu mendengar cakapnya sendiri.

Persoalan: Tentang bagaimana manusia mahu mendapatkan kedamaian di tengah-tengah perlumbaan mengejar kuasa dan kekayaan.

Gaya bahasa: -Asonasi:Kelelahan kita semakin parah tenatnya
-Aliterasi:Kelelahan kita
-Sinkof:Tak, Mau
-Ambiguiti:Kelelahan kita semakin parah tenatnya

Stanza2: Saat ini siapa lagi sanggup bersemboyan
Janjikan harapan semanis janji orang bercinta
Setiap pembicaraan tanpa persatuan
Kejujuran mati di hati

Makna: Pada masa ini, tiada sesiapa yang 'sanggup bersemboyan' iaitu mengambil inisiatif agar manusia di dalam dunia ini hidup bersepadu dan berakhlak tetapi setiap kali mereka cuba mereka gagal. Manusia hanya pandai berjanji tetapi tidak pintar menunaikannya. Malah, mereka membuat sesuatu keputusan itu tanpa perbincangan terlebih dahulu. Ayat terakhir, 'Kejujuran mati di hati', menunjukkan bahawa sifat jujur itu seperti tidak wujud lagi.

Gaya bahasa:-Metafora:Janjikan harapan semanis janji orang bercinta
-Asonasi:mati di hati

Stanza3: Hari ini tak payah parau bertanya
Ketuaan dunia akan tenggelam juga
Dalam kebodohan manusia
Yang kian bermuka dua

Makna: Manusia tidak perlu lagi bersusah payah sehingga penat menanyakan sesuatu kerana pada akhirnya kebodohan manusia akan menghasut dan mempengaruhi kebaikan bumi ini. Perkataan 'tua' boleh menjadi simbol bahawa seseorang itu jika lebih tua, lebih berpengalaman dan berguna. Maka, 'ketuaan dunia akan tenggelam juga dalam kebodohan manusia' membawa maksud bahawa manusia kini tidak memanfaatkan penggunaan bumi ini lagi.

Persoalan: Kebodohan manusia akan menjejas kebaikan bumi.
Gaya bahasa:-simbol:'ketuaan dunia', 'parau bertanya'
-Sinkof: Tak
-Asonasi: tak payah parau bertanya
-Klise:bermuka dua

Stanza4: Demi kelak dewasanya anakku
Kau bikinlah perhitungan sendiri
Untuk menjengah neraka kecintaan manusia
Mencucuri bahan api

Makna: Di dalam stanza ini, saya dapat tukil bahawa dia mahu memberitahu anaknya, bahawa jika dia sudah dewasa, dia haruslah memilih atau membuat keputusan sendiri. Mereka harus memilih sama ada mahu mengunjungi 'neraka kecintaan manusia' serta menjadi ahli kepada neraka manusia ataupun bumi yang penuh dengan manusia yang telah rosak akhlak mereka itu.
Persoalan: Menyuruh anaknya membuat keputusan agar mahu mengikut sesuatu yang bersalahan dengan tuntutan agama di dalam bumi yang sudah penuh dengan penghuni yang rosak akhlaknya.

Gaya bahasa: -Simbol:'neraka kecintaan manusia'
-Paradoks: 'neraka kecintaan manusia'
Stanza5: Tambah mengimbau sorotan kitab MUHAMMAD!
Tambah mengimbau sorotan kitab ESA!
Hanya kesejahteraan membunga api.
Makna: Semakin kita mempelajari dan mengamalkan ajaran kitab suci, semakin kita mendambakan kehidupan yang aman sejahtera.
Persoalan:Perihal mengikut arahan Islam ke arah kesejahteraan.
Gaya bahasa:-Asonasi: Tambah mengimbau sorotan kitab MUHAMMAD!
daru blog syahirah(:

~ { 4:53 AM }
aiming for the sky above;


Sunday, July 27, 2008


AKU MENJADI LEBIH BERANI

Makna:
Stanza yang pertama menggambarkan bahawa penyajak sedang berada di alam sebuah perkelahian. Ini dapat dibuktikan dari baris kedua dan ketiga rangkap pertama, "kau berbaju biru dan bajuku ungu". Baju biru dan ungu yang berbeza warna melambangkan bahawa penyajak sedang bermusuhan dengan seseorang rakannya dan mereka mempunyai pendirian yang bercanggah.

Seterusnya, dalam rangkap yang sama baris keempat hingga keenam "Sayang, hanya aku tahu hatimu tak setulus hatiku", saya dapat agak bahawa penyajak tidak suka kepada musuhnya itu. Frasa "hanya aku" di mana perkataan "aku" merujuk kepada dirinya menyatakan penegasan penyajak bahawa dia begitu kenal dengan perangai musuhnya itu dan hanya dia sahaja yang mengetahui perangainya yang selalunya tersembunyi dari pandangan orang lain itu. Ini kerana penyajak berpendapat bahawa musuh itu tidak mempunyai hati yang seikhlas hati orang lain.
Baris terakhir dalam rangkap tersebut "yang berbaju ungu" membuktikan bahawa penyajak sedang menekankan sekali lagi bahawa musuhnya itu berbaju biru, iaitu dia tidak menyebelahi dirinya yang berbaju biru.

Mengikut stanza kedua, baris kedua ialah "sebilah pisaumuaku tidak gentar". Penyajak telah menggunakan pisau sebagai simbol bagi ugutan yang ditujukan kepadanya dari si musuh itu. Nmaun, dia tidak takut dengan ugutan musuhnya malah dia mencabarnya walaupun berasa tersinggung dengan kata-kata pedas yang disebutkan oleh musuhnya itu, seperti yang dijelaskan di baris ketiga hingga kelima "sepatah kata bisa, aku merasa".

Rangkap terakhir "Hati dan rasa mengajarku, aku menjadi lebih berani" memperlihatkan penyajak telah mempelajari dari pergaduhan ini untuk menjadi lebih berani dalam membuat keputusannya sendiri apabila menghadapi situasi yang seakan pergaduhan sedemikian.

Gaya Bahasa:
Terdapat pelbagai jenis gaya bahasa di dalam sajak ini. Salah satu dariapadanya ialah aliterasi 'b' yang terdapat dalam rangkap pertama septian pada baris yang kedua iaitu "berbaju biru". Kedua-dua perkataan tersebut mempunyai dua konsonan 'b' pada awal suku kata iaitu "ber" dan "ba" dalam perkataan "berbaju" dan "bi" dalam perkataan "biru".
Satu lagi aliterasi terdapat di rangkap kedua quint baris pertama "bila begini", di mana adanya aliterasi 'b'. Baris yang sama "bila begini" juga mempunyai unsur asonansi, di mana vokal 'i' dalam suku kata "bi", "gi" dan "ni" mempunyai bunyi yang sama. Dalam rangkap yang sama baris kedua pula. aliterasi juga boleh didapati dalam "sepatah kata". Bunyi vokal "a" ada pada suku kata "pa" dan "tah" dalam perkataan "sepatah" serta "ka" dan "ta" dalam perkataan "kata". Frasa "sepatah kata" juga merupakan sebuah klise yang kerap digunakan dalam bahasa.

Sinkof "mu" dapat diperlihatkan di dalam perkataan "pisaumu" yang ada pada rangkap kedua baris kedua, serta sinkof "ku" yang terdapat dalam perklataan "bajuku" pada rangkap pertama baris kedua. "Hatimu tidak setulus hatiku" merupakan eufumisme kerana ia adalah cara yang lebih sopan untuk menyampaikan maksud bahawa hati seseorang itu adalah busuk. Terdapat dua simbol, iaitu dalam rangkap pertama baris kedua dan ketiga di mana penyajak telah menggunakan baju untuk melambangkan pula ugutan dari musuhnya itu.
Akhirnya, rangkap ketiga distikon baris pertama "Hati dan rasa mengajarku" merupakan personifikasi. Hati dan rasa telah merupai perbuatan manusia iaitu mengajar, sesuatu yang mustahil berlaku.

Tema dan Persoalan:
Sajak ini bertemakan ketabahan,ia menyatakan keberanian seorang wanita dalam mengharungi cabaran seperti pergaduhan yang sedang dialaminya itu.
Dari stanza yang pertama, kita dapat mempelajari bahawa seperti pepatah rambut sama hitam, hati lain-lain, manusia tidak serupa dalam segi pemikiran dan perangai, seperti penyajak dan musuhnya itu yang bergaduh kerana perbezaan mereka.
Stanza kedua pula menjelaskan bahawa tentu ada kejadian yang tidak diundang berlaku seperti ugutan dan kata-kata sindiran, seperti yang dialami penyajak.
Semua kejadian yang berlaku tentu terdapat sesuatu hikmah atau makna yang tersirat disebaliknya seperti yang dikemukakan pada stanza terakhir, di mana penyajak telah menjadi lebih berani untuk menghadapi cabaran semasa pergaduhan itu.

~ { 9:11 PM }
aiming for the sky above;



Mengupas Sajak 1 : Anak Laut
oleh Rahimidin Zahari


Rangkap 1 :
Segar angin laut
mengembalikan rindunya pada kolek
bagai buih kecil terapung di air
menjaring sedikit rezeki
dan sisik ikan
kulit ketam
kepala sotong
dan
kaki udang yang bersimpati

  • Penulis rindu akan masa silamnya yang sering ke laut untuk mencari rezeki walaupun ia hanya sedikit
  • Laut itu sudah tidak berguna lagi untuk dijadikan sumber rezeki kerana tinggal beberapa kehidupan laut sahaja di laut itu


Ayat "mengembalikan rindunya pada laut" menunjukkan kerinduan nelayan itu kepada kolek tersebut.
Ayat "sisik ikan kulit ketam kepala sotong dan kaki udang yang bersimpati" pula menujukkan keadaan laut itu yang hanya tinggal yang tidak berguna lagi kerana hanya tinggal sebahagian anggota-anggota badan kehidupan di dalamnya.

Rangkap 2 :
Seperti kolek terdampar di pasir
menampakkan uarat jalur-jalur tua
anak laut itu sudah dapat menerka
langkahnya hampir tiba
pada mura Pencipta

  • Menceritakan bagaimana penulis ini tahu bahawa dia sudah tua seperti laut tersebut dan tidak lama lagi dia akan kembali kepada IIlahi.


Ayat "Seperti kolek terdampar di pasir menampakkan jalur-jalur tua" menunjukkan akan usia nelayan tersebut yang sudah tua.
Ayat "langkahnya hampir tiba pada muara Pencipta" pula menunjukkan singkatnya waktu yang tinggal pada kehidupan nelayan itu kerana tidak lama lagi, dia akan pergi menghadap yang Maha Esa.


Gaya bahasa:
Segar angin laut mengembalikan rindunya pada kolek (rangkap 1;baris 1 & 2) - Personifikasi
bagai buih kecil terapung di air (rangkap 1;baris 3) - Simili
bagai buih (rangkap 1;baris3) - Aliterasi
Seperti kolek terdampar di pasir (rangkap 2;baris 1) - Simili
Seperti kolek terdampar di pasir menampakkan urat jalur-jalur tua (rangkap 2;baris 1 & 2) - Personifikasi
jalur-jalur (rangkap 2;baris 2) - Kata Ganda
jalur-jalur tua (rangkap 2;baris 2) - Hiperbola
anak laut itu sudah dapat menerka (rangkap 2;baris 3) - Personifikasi
kulit ketam (rangkap 1;baris 6) - Aliterasi

Diambil dari blog Umairah(:


~ { 8:53 PM }
aiming for the sky above;


Wednesday, July 23, 2008


MEMAHAMI SAJAK
-TEMA, PERSOALAN dan PERUTUSAN-
~PENGANALAN~
Sajak perlu dihayati dan difahami. Dibaca beberapa kali shingga benar-benar difahami setiap patah dan baris yang ada. Setiap perkataan yang ditemui mengandungi makna yang boleh dihuraikan dengan panjang lebar. Si penyajak gemar menggunakan kata-kata yang paling ekonomis dengan makna yang luas. Maka itu, pembaca haruslah mula mentasfir dari tajuk hingga baris akhir dalam sajak. Kadang-kadang tarikh dan nama tempat yang disertakan oleh penyajak di akhir sajaknya dapat juga membantu pembaca untuk memahami dan menghayatinya dengan lebih mendalam lagi.
~TEMA~
Tema ialah persoalan pokok atau idea utama yang ingin disampaikan oleh pengarang kepada pembaca melalui sajaknya. PERSOALAN pokok ini merupakan perkara yang menjadi fokus dalam sesebuah sajak. TEMA menjadi dasar kepada karya dan menggerakkan jalan cerita atau isi sajak secara keseluruhan. Dalam sesebuah sajak atau karya, hanya terdapat SATu tema.
- Proses mendapatkan tema perlulah melalui huraian maksud dan persoalan-persoalan.
- Biasanya salah satu daripada persoalan yang dikemukakan oleh penyajak dapat dijadikan tema sajak.
- Persoalan yang paling penting atau paling banyak diperkatakan oleh penyajak boleh disilpulkan sebagai tema.
~PROSES MENGENAL PASTI TEMA DAPAT DILIHAT SEPERTI BERIKUT~
Rangkap 1 -> Maksud -> Persoalan -> T
Rangkap 2 -> Maksud -> Persoalan -> E
Rangkap 3 -> Maksud -> Persoalan -> M
Rangkap 4 -> Maksud -> Persoalan -> A
~ PERSOALAN~
Perkara-perkara atau isu=isu sampingan yang dikemukankan oleh penyajak dalam sesebuah karya puisi/sajak. Contoh : persoalan dalam sajak, persoalan-persoalan yang dikemukakan dalam sajak menyokong tema yang dikemukakan dalam sajak tersebut.
- satu atau beberapa persoalan yang cuba diketengahkan oleh penulisnya.
- satu rangkap mengandungi satu persoalan.
- seperti kemiskinan, kebebasan sosial, cinta remaja dsbnya.
Untuk menganal pasti persoalan :
1. berikan maksud keseluruhan sajak dari rangkap mempunyai persoalannya tersendiri.
2. persoalan-persoalan sajak ialah rumusan daripada kesemua rangkap sajak yang telah dihuraikan maksudnya.
~PERUTUSAN~
Disebut juga sebagai amanat, motif atau tujuan sebenar penyair menghasilkan puisi. Perutusan bersifat positif dan konstuktif atau mengarah kepada hal-hal yang baik dalam kehidupan manusia. Perutusan pada hakikatnya dapat disebut sebagai PESANAN penting yang ingin disampaikan oleh PENYAJAK di sebalik pemikiran yang terdapat di dalamnya. Sebagai contoh, sesungguhnya sesuatu sajak itu mengisahkan tentang pohon atau sungai tetapi ia mempunyai perutusan yang positif di sebaliknya dan menjadi amanta atau pesanan yang baik kepada pembaca.
~MEMBERI MEKSUD atau MENGHURAI~
Memberikan MAKSUD sesuatu sahaja itu TIDAK SAMA degan MEMPROSAKAN.
Dalam memberikan maksud atau menghurai, kita mempunyai kebebasan yang lebih mengikut kefahaman yang diperoleh.
Satu rangkap hendaklah dihurai dalam satu perenggan dengan huraian yang jelas dan terperinci. Tujuan huraian ini adalah untuk memberikan kefahaman sebenar kepada pembaca lain. Ini bermakna memberi maksud buasanya menjadi lebih panjang daripada sajak asal ataupun daripada bentuk memprosa.

~ { 6:07 PM }
aiming for the sky above;


Tuesday, July 15, 2008


Derita Pertama

Makna:

Stanza pertama membawa maksud bahawa Nabi Adam iaitu "bapa kita", telah membuat kesilapan kerana tergoda dengan buah khuldi. Ini dibuktikan pada baris ketiga dan keempat "kerana mencari syurga di celah buah khuldi". Baris ini menyatakan bahawa Adam hendak mencari nikmat yang ada di sebalik buah khuldi yang haram itu. Oleh itu, Adam telah dihantar untuk menetap di tempat yang asing baginya sebagai hukuman, seperti yang dijelaskan pada baris kedua "yang tercampak dari seberang dunia."

Stanza berikut pula menggambarkan suasana di dunia yang baru itu. Adam berada di tempat yang mempunyai persekitaran yang berbeza dengan tempat tinggalnya dahulu. Baris pertama dan kedua " Waktu terlantar di dunia baru, hari tengah malam" menjelaskan suasana yang asing itu. Di dunia yang baru bagi Adam, siang hari yang selalu dilihatnya, telah diambil alih oleh malam. Baris ketiga,"ia tidak mengerti apa yang telah terjadi" membawa maksud bahawa seumur hidupnya di syurga, Adam tidak pernah mengalami malam lalu "tidak mengerti apa yang telah terjadi". Oleh kerana tidak biasa dengan waktu di sana, baris terakhir "mulutnya bisu" menyatakan bahawa Adam tidak sangka hukumannya agak berat sehingga dibuang ke tempat yang tidak pernah diketahuinya.

Ketakutan Adam di dunia baru itu diperlihatkan di stanza yang seterusnya. Baris kedua menguatkan lagi kenyataan ini kerana Adam "mulai merasa cemas akan kegelapan", menunjukkan bahawa Adam gementar dengan malam hari, sesuatu yang tidak pernah dialaminya. "Segumpal awan hinggap ke kening" pada baris ketiga bermaksud bahawa pemikiran Adam tertutup dan kabur kerana " ia tidak tahu apakah itu" di mana perkataan "itu" merujuk kepada kegelapan malam hari.

"Sepanjang malam ia tercengang" pada stanza keempat baris pertama menekankan lagi bahawa Adam tidak tahu apa yang dibuat kemudian untuk meneruskan kehidupannya di dalam keadaan yang tidak lazim dialaminya. Baris kedua "dari hatinya mengalir sungai duka" membuktikan bahawa Adam turut berasa sedih dan kesal akan perbuatannya kerana kesilapannya itu yang menyebabkan dia berada di dalam kesusahan dan kesepian. "Rimba kegelapan tubuh seorang" pada baris ketiga dan keempat menunjukkan kesesalan Adam apabila dia memikir tentang menempuhi hidupnya sebagai seorang yang tidak lagi mempunyai masa hadapan yang cerah.
Stanza yang terakhir membesar-besarkan dan menekankan lagi kesedihan yang dirasanya pada malam itu. "Air matanya membelah muka bulan" membuktikan bahawa Adam menangis dalam kedukaan "sepanjang malam".
Gaya Bahasa:
  • Rangkap pertama quatrain baris pertama "Adam ialah bapa kita" merupakan asonansi yang mempunyai vokal "a" pada suku kata dalam frasa itu.
  • Bunyi vokal "a" yang sama memberi frasa itu sebuah ritma yang sedap didengar apabila dibaca kuat.
  • Pada rangkap kedua quatrain baris pertama, frasa "di dunia" mempunyai unsur aliterasi "d", di mana kedua-dua perkataan itu bermula dengan huruf konsonan "d".
  • Bahasa asing terdapat dalam rangkap pertama baris keempat iaitu "khuldi" yang berasal dari bahasa Arab.
  • "Hari tengah malam" pada rangkap kedua baris kedua adalah paradoks kerana di frasa itu, makna perkataan "malam" bertentangan dengan perkataan "hari".
  • Baris terakhir pada rangkap yang sama "mulutnya bisu" adalah frasa yang klise kerana selalu digunakan dalam bahasa.
  • Unsur simbol terdapat pada rangkap ketiga baris ketiga "segumpal awan".
  • Ia melambangkan kekaburan yang menutup fikiran Adam semasa terlantar di dunia baru itu.
  • "Hatinya mengalir sungai duka" juga merupakan simbol untuk melambangkan kesedihan yang dirasai Adam. Sinkof "ku" terdapat di perkataan "kutempuh" yang ada pada rangkap keempat baris ketiga.
  • Rangkap keempat baris keempat dan kelima, "rimba kegelapan tubuh seorang" adalah ambiguiti kerana maknanya agak kabur dan tidak dijelaskan lagi dalam sajak itu.
  • Ia boleh membawa makna bagaimana cara untuk Adam menempuhi kegelapan malam hari atau kegelapan tubuh seseorang, iaitu masa hadapan seseorang yang gelap.

Stanza terakhir "air matanya membelah muka bulan" merupakan hiperbola untuk membesar-besarkan lagi betapa gundah-gelananya Adam itu.

Tema dan Persoalan:

  • Sajak ini bertemakan penderitaan, ia mengisahkan bagaimana Adam terseksa dalam
    penderitaan.
  • Dari stanza pertama, kita dapat pelajari bahawa manusia tidak
    terhindar dari membuat kesilapan termasuk nabi yang akhlaknya dipersamakan
    dengan malaikat, seperti Nabi Adam.
  • Stanza kedua pula menunjukkan bahawa
    sekiranya seseorang membuat suatu kesilapan, dia akan dihukum juga akhirnya.
    Hukuman yang dihadapinya itu agak berat, sebagai balasan kepada kesilapannya
    itu.
  • Di dalam sajak, Adam telah menerima hukuman yang sangat berat baginya;
    dipulaukan di tempat asing keseorangan sahaja.
  • Namun, kesilapan yang kerap dilakukan oleh manusia ada juga kebaikannya, iaitu ia menyedarkan seseorang akan kesilapannya itu dan mengajarnya untuk mengelak dari membuat kesilapan yang sama pada kali yang lain.
  • Stanza keempat membuktikannya, apabila Adam telah berasa sedih dan juga kesal akan perbuatannya itu kerana ia adalah sebab dia menerima
    hukuman yang berat.

Diambil dari blog Aisyah(:


~ { 5:38 PM }
aiming for the sky above;


Sunday, July 13, 2008


Hamka mendapat pendidikan rendah di Sekolah Dasar Maninjau sehingga kelas dua. Ketika usia HAMKA mencapai 10 tahun, ayahnya telah mendirikan Sumatera Thawalib di Padang Panjang. Di situ Hamka mempelajari agama dan mendalami bahasa Arab. Hamka juga pernah mengikuti pengajaran agama di surau dan masjid yang diberikan ulama terkenal seperti Syeikh Ibrahim Musa, Syeikh Ahmad Rasyid, Sutan Mansur, R.M. Surjopranoto dan Ki Bagus Hadikusumo.


Kota Meninjau padang sumatra
Hamka terkenal dek bijaksananya
Pada usia yang muda sudah bermula
Mendalami ilmu bahasa arab dan agama


Surau dan masjid ditambah ilmunya
Mendalami ilmu agama
Ramai ulama menjadi gurunya
Syeikh Ibrahim Musa seorang daripadanya


Hamka adalah seorang otodidiak dalam berbagai bidang ilmu pengetahuan seperti filsafat, sastra, sejarah, sosiologi dan politik, baik Islam maupun Barat. Dengan kemahiran bahasa Arabnya yang tinggi, beliau dapat menyelidiki karya ulama dan pujangga besar di Timur Tengah seperti Zaki Mubarak, Jurji Zaidan, Abbas al-Aqqad, Mustafa al-Manfaluti dan Hussain Haikal. Melalui bahasa Arab juga, beliau meneliti karya sarjana Perancis, Inggris dan Jerman seperti Albert Camus, William James, Sigmund Freud, Arnold Toynbee, Jean Paul Sartre, Karl Marx dan Pierre Loti. Hamka juga rajin membaca dan bertukar-tukar pikiran dengan tokoh-tokoh terkenal Jakarta seperti HOS Tjokroaminoto, Raden Mas Surjopranoto, Haji Fachrudin, Ar Sutan Mansur dan Ki Bagus Hadikusumo sambil mengasah bakatnya sehingga menjadi seorang ahli pidato yang handal.

bahasa arab sungguh jati
ilmu dipelajari amat berbakti
karya sarjana berganti-ganti
ditelitinya berhati-hati

lepas tahun2 yang menguji jiwa mudanya itu dia berangkat
mengunjungi baitullah di mekah. masih sangat muda, dan ma-
sih sangat banyak kesempatan baginya untuk berkembang. di-
masa muda itu hamka tak langsung memilih peran sebagai ula
ma, meski terlibat juga sebagai mubaligh muda muhamadiyah
di kota medan. di kota medan juga dia memimpin majalah pe-
doman masyarakat bersama yusuf abdullah puar,dan disitulah
sebenarnya, secara bersambung, ditulisnya apa yang kemudi-
an menjadi buku, tasawuf modern yang terkenal itu.



Kunjungi mekah menziarahi baitullah
Enggan menjadi seorang ulama
Meski terlibat mubaligh mumamadiyah
Malah, menulis buku dipilihnya


Hamka telah pulang ke rahmatullah pada 24 Juli 1981, namun jasa dan pengaruhnya masih terasa sehingga kini dalam memartabatkan agama Islam. Beliau bukan sahaja diterima sebagai seorang tokoh ulama dan sasterawan di negara kelahirannya, malah jasanya di seluruh alam Nusantara, termasuk Malaysia dan Singapura, turut dihargai.

Walau sudah pulang ke rahmatullah
Masih terasa jasa dan pengaruhnya
Seorang sasterawan serta ulama
Haruman namanya disanjung bangsa

Selain aktif dalam soal keagamaan dan politik, Hamka merupakan seorang wartawan, penulis, editor dan penerbit. Sejak tahun 1920-an, Hamka menjadi wartawan beberapa buah akhbar seperti Pelita Andalas, Seruan Islam, Bintang Islam dan Seruan Muhammadiyah. Pada tahun 1928, beliau menjadi editor majalah Kemajuan Masyarakat. Pada tahun 1932, beliau menjadi editor dan menerbitkan majalah al-Mahdi di Makasar. Hamka juga pernah menjadi editor majalah Pedoman Masyarakat, Panji Masyarakat dan Gema Islam


Juga seorang penulis dan wartawan
Semenjak tahun 1920-an
Selain mahir dalam keagamaaan
Juga ulama yang berwawasan








~ { 9:22 PM }
aiming for the sky above;



AKU MENJADI LEBIH BERANI

Penyair cuba menampilkan sifat keberanian seorang wanita dalam membuat sesuatu keputusan atau menghadapi kegetiran hidup.

Kali ini
kau berbaju biru
dan bajuku ungu.

Ini menceritakan tentang seseoang wanita yang baru menaiki pangkat, pangkat yang lebih tinggi daripada si lelaki.
Berbaju biru bermaksud pangkat rendah.
Berbaju ungu bermaksud pangkat yang lebih tinggi.

Sayang, hanya aku tahu
jatimu
tidak setulus hatiku
yang berbaju ungu.

Wanita tersebut mengatakan bahawa dia adalah lebih baik daripada si lelaki dan hatinya lebih tulus daripada si lelaki dalam melakukan pekerjaan itu. Memandangkan kini, wanita tersebut mempunyai pangkat yang lebih tinggi, dia ingin membuktikan bahawa dia boleh membuat pekerjaan itu dengan baik juga.

Bila begini,
sebilah pisaumu aku tidak gentar

Apabila wanita itu sudah 'berbaju ungu', dia sudah tidak takut lagi dengan apapun perbuatan si berbaju biru kerana dia mempunyai kuasa. Dia boleh melakukan apapun kepadanya.

sepatah kata
bisa,
aku merasa.

Namun, walaubagaimanapun, dia tetap tidak boleh menerima kata-kata yang menyakitkan. Ini membuktikan walaupun dia sudah berbaju ungu, dia juga mempunyai perasaan dan akan rasa kepedihan kata-kata yang bisa.

Hati dan rasa mengajarku
aku menjadi lebih berani.

~ { 4:49 AM }
aiming for the sky above;