Pantun Budi
Pantun Budi
Rangkap 1
Tenang-tenang air di laut,
Sampan kolek mudik ke tanjung,
Hati terkenang mulut menyebut,
Budi yang baik rasa nak junjung.
Rangkap 2
Bunga melati bunga di darat,
Bunga seroja di tepi kali,
Hina besi kerana karat,
Hiana manusia tidak berbudi.
Rangkap 3
Bunga cina di atas batu,
Jatuh daunnya ke dalam ruang,
Adat dunia memang begitu,
Sebab emas budi terbuang.
Rangkap 4
Anak beruk di tepi pantai,
Pandai melompat pandai berlari,
Biar buruk kain dipakai,
Asal hidup pandai berbudi.
Tasfiran Keseluruhan
Rangkap 1
Di rangkap 1, ia menerangkan bahawa sesiapa sahaja yang gemar berbudi, akan sentiasa dikenang orang lain. Namanya aku sentiasa disebut-sebut dan budinya aku sentiasa di hati mereka.
Rangkap 2
Di rangkap 2, ia menerangkan yang sesuatu yang ada cacat celahnya, akan berkurangan nilainya seperti bagaimana nilai besi berkurangan apabila ia sudah karat. Begitu juga dengan manusia, walaupun kelihatan sempurna, jika tidak berbudi, tidak bermakna.
Rangkap 3
Di rangkap ini pula, ia menerangkan bahawa di dalam dunia ini, wang dan harta boleh menyebabkan seseorang itu tidak berbudi kerana sifat manusia yang tamak dan dengki.
Rangkap 4
Di rangkap yang terakhir, ia memberitahu para pembaca yang tidak peduli kain yang dipakainya itu berapa buruk pun, jika dia pandai berbudi, hidupnya akan bahagia.
Nur Farhanah Rosli 3T1