<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d6480377701072727520\x26blogName\x3dSastera\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://nurfarhanahrosli.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_US\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://nurfarhanahrosli.blogspot.com/\x26vt\x3d1784777009601498239', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

Sunday, March 30, 2008


TEMA

Perkara yang dibincangkan.

Kamus Dewan "..... subjek yang menjadi dasar sesuatu pembicaraan, warcana, karangan, cerita dan sebagainya, tajuk & pokok ....."

Glosari Istilah Kesusasteraan(DBP:1988)
- Idea atau persoalan pokok/ idea yang mengawal sesebuah karya sastera.
- Dalam karya prosa yang bukan cereka, tema mungkin dianggap sebagai persoalan umum dalam perbincangan, bahan, karangan ataupun yang disebut sebagai tesis.
- Dalam cereka, tema menjadi panduan bagi pengarang memilih bahan-bahan dalam ceritanya untuk disusunnya.
- Tema dalam sebuah cereka tidak dpt dilihat sepenuhnya sehingga cerita itu selesai dibaca.
- Dalam puisi dan drama, tema adalah konsep yg abstrab yang menjadi konkrit melalui karya, iaitu melalui cara-cara watak-watak bertindak, berfikir dan bergerak atau cara-cara watak-watak tiu berkonflik antara satu sama lain, cara cerita itu deselesaikan, semuanya menentukan rupa tema yang dikemukakan oleh pengarang. Jadi, pengertian yang terkandung disebalik karya itulah yang dikatakan poko persoalan atau tema.

~ { 5:32 PM }
aiming for the sky above;



PLOT

Plot ialah sesuatu yang menghubungkan antara peristiwa-peristiwa dalam sesebuah cerita. Setiap peristiwa dari awal hingga akhir berdasarkan hukum sebab dan akibat. Ia mengemukakan perkara yang terjadi dan mengapa terjadi. Setiap perkara berhubungan berdasarkan factor-faktor sebab dan akibat. Plot dirangka dengan teliti dan tidak semestinya berurutan peristiwanya dari awal hingga akhir atau kronologi.
Permulaan plot ialah peringkat permulaan (eksposisi) iaitu untuk memperkenalkan watak-watak, latar dan suasana. Perkembangan plot mengakibatkan konflik.Peristiwa berkembang kepada peringkat pertengahan cerita iaitu perumitan. Prumitan menuju kepada puncak (klimaks) di mana tercapainya konsentrasi yang maksimum. Kemudian urutan cerita menuju kepada peleraian.Agar plot lebih menarik, pengarang menggunakan teknik lain untuk menyampaikan ceritanya seperti imbas kembali, imbas muka, konflik, klimaks, saspens, kejutan dan sebagainya.

Imbas kembali
Mengungkapkan semula kisah, kejadian, peristiwa, suasana atau masalah yang dialami oleh watak-watak sebelum kisah ini. Teknik ini dikemukakan melalui dialog watak, monolog, monolog dalaman, ingatan watak, renungan atau mimpi.
Monolog
Tutur kata watak secara bersendirian dan lebih merupakan usaha menyatakan perasaan dan fikiran.
Monolog dalaman
Kata hati watak untuk merakamkan isi hati, pergolakan batin dan fikiran watak yang tidak dilahirkan dalam bentuk dialog atau monolog.
Imbas muka
Gambaran sesuatu yang akan berlaku untuk memberi pengetahuan awal kepada pembaca tentang apa-apa yang akan berlaku seterusnya.
Konflik
Pertentangan fizikal, moral, fikiran, emosi dan nasib yang digambarkan sebagai pertentangan antara watak protagonis dengan watak antagonis. Konflik timbul akibat pergeseran pendapat, pemikiran, pandangan dan sikap hidup antara watak-watak.
Klimaks
Saat paling tegang dan paling menarik minat pembaca.
Saspens
Merupakan kemuncak naluri ingin tahu pembaca terhadap sesuatu peristiwa yang akan berlaku berikutnya. Saspens merupakan unsur utama menarik dan mengekalkan minat pembaca.
Kejutan
Sesuatu kejadian, keadaan atau perubahan sikap dan pandangan hidup sesuatu watak yang dapat menimbulkan rasa ingin tahu pembaca untuk menyelusuri lanjutan cerita.

Diambil dari: http://schools.moe.edu.sg/rjc/subjects/malay/unsur%20-%20unsur%20sastera.htm

Yang saya telah pelajari,

Plot
Susunan/sequnce of events.Rentetan peristiwa dari awal ke akhir pengenalan, konflik, klimaks, pengakhiran. Plot juga berkronologi dan tidak berkronologi.

~ { 5:05 PM }
aiming for the sky above;