<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d6480377701072727520\x26blogName\x3dSastera\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://nurfarhanahrosli.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_US\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://nurfarhanahrosli.blogspot.com/\x26vt\x3d1784777009601498239', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

Tuesday, February 26, 2008


HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA




Seekor burung yang teramat besar Burung Garuda yang berasal daripada anak cucu keturunan Maharaja Dewata mendiami pulau Langkasuka kerana pulau tersebut tiada penghuninya. Pulau itu merupakan pulau peninggalan perang antara Seri Rama dan Anduman.

Pada suatu hari, datanglah seekor Burung Rajamali menemui Burung Garuda. Burung Garuda diberitahu bahawa Raja Rom ingin merapatkan kedua negeri Benua Cina dan Rom dengan meminangkan anak Raja Benua China dan anak lelaki Raja Rom. Burung Garuda fikir yang perkara ini harus diberitahu kepada Nabi Allah Sulaiman kerana ia Raja besar di alam dunia ini.Burung garuda juga fikir bahawa ini bukan jodoh pertemuan mereka kerana tiada bandingan antara mereka berdua.

Apabila Nabi Allah Sulaiman mendengar khabar tersebut, beliau menyuruhnya melakukan apa yang patut iaitu menceraikan mereka berdua. Dan jikalau gagal, Burung Garuda akan berundur dari dunia langit, dan atas bumi inu, tempat kediaman segala manusia.

Apabila burung itu telah menemui Puteri Cina tersebut, dibawanya serta mak inang dan dayang ke pulau Langkapuri dan diberikan segala keinginan mereka di situ. Sementara itu, Raja Rom bertitah agar Merong Mahawangsa membawa anaknya untuk dikahwinkan dengan anak Raja Bemua China. Raja Rom telah menghadiahkan merong sebuah bahtera besar untuk mengiringi behtera anak Raja Rom.

Perjalanan ke benua China amat jauh.Mereka berlabuh di daratan untuk memperoleh air, makanan, tali, umbut kayu dan pucuknya. Adapun pelayaran ini amat jauh, mereka sampai juga di laut Changgung. Di sini laut mula berubah, ombak mulai melambung menandakan ribut akan melanda. Walaubagaimanapun, apa yang dilihat oleh raja Merong Mahawangsa adalah bukan angin ribut taufan yang mengakibatkan ombak bergelora tetapi sebaliknya, angkara Garuda yang merosakkan kapal-kapal lain.

Merong mengarahkan anak kapalnya supaya bersedia untuk menyerang Garuda itu. Merong menarik busar dengan anak panah saktinya bernama Ayunzan. Garuda terbang laju mengelak bedilan meriam tersebut. Dengan kesaktian Garuda, dia menarik awan disekeliling maka dilepaskan guruh, hujan dan angin ribut nke arah bahtera Merong Mahawangsa.

~ { 6:45 AM }
aiming for the sky above;