PLOT
Plot ialah sesuatu yang
menghubungkan antara peristiwa-peristiwa dalam sesebuah cerita. Setiap peristiwa dari awal hingga akhir
berdasarkan hukum sebab dan akibat. Ia mengemukakan
perkara yang terjadi dan mengapa terjadi. Setiap perkara berhubungan berdasarkan
factor-faktor sebab dan akibat. Plot dirangka
dengan teliti dan tidak semestinya berurutan peristiwanya dari awal hingga akhir atau kronologi.
Permulaan plot ialah
peringkat permulaan (eksposisi) iaitu untuk memperkenalkan watak-watak, latar dan suasana. Perkembangan plot mengakibatkan
konflik.Peristiwa berkembang kepada peringkat pertengahan cerita iaitu perumitan. Prumitan menuju kepada puncak (klimaks) di mana tercapainya
konsentrasi yang maksimum. Kemudian urutan cerita menuju kepada peleraian.Agar plot lebih menarik, pengarang menggunakan teknik lain untuk menyampaikan ceritanya seperti
imbas kembali, imbas muka, konflik, klimaks, saspens, kejutan dan sebagainya.
Imbas kembaliMengungkapkan semula kisah, kejadian, peristiwa, suasana atau masalah yang dialami oleh watak-watak sebelum kisah ini. Teknik ini dikemukakan melalui dialog watak, monolog, monolog dalaman, ingatan watak, renungan atau mimpi.
Monolog Tutur kata watak secara bersendirian dan lebih merupakan usaha menyatakan perasaan dan fikiran.
Monolog dalaman
Kata hati watak untuk merakamkan isi hati, pergolakan batin dan fikiran watak yang tidak dilahirkan dalam bentuk dialog atau monolog.
Imbas mukaGambaran sesuatu yang akan berlaku untuk memberi pengetahuan awal kepada pembaca tentang apa-apa yang akan berlaku seterusnya.
Konflik Pertentangan fizikal, moral, fikiran, emosi dan nasib yang digambarkan sebagai pertentangan antara watak protagonis dengan watak antagonis. Konflik timbul akibat pergeseran pendapat, pemikiran, pandangan dan sikap hidup antara watak-watak.
Klimaks Saat paling tegang dan paling menarik minat pembaca.
Saspens Merupakan kemuncak naluri ingin tahu pembaca terhadap sesuatu peristiwa yang akan berlaku berikutnya. Saspens merupakan unsur utama menarik dan mengekalkan minat pembaca.
Kejutan
Sesuatu kejadian, keadaan atau perubahan sikap dan pandangan hidup sesuatu watak yang dapat menimbulkan rasa ingin tahu pembaca untuk menyelusuri lanjutan cerita.
Diambil dari:
http://schools.moe.edu.sg/rjc/subjects/malay/unsur%20-%20unsur%20sastera.htmYang saya telah pelajari,PlotSusunan/sequnce of events.Rentetan peristiwa dari awal ke akhir pengenalan, konflik, klimaks, pengakhiran. Plot juga berkronologi dan tidak berkronologi.