AKU MENJADI LEBIH BERANIPenyair cuba menampilkan
sifat keberanian seorang wanita dalam membuat sesuatu
keputusan atau
menghadapi kegetiran hidup.
Kali inikau berbaju birudan bajuku ungu.Ini menceritakan tentang seseoang wanita yang baru menaiki pangkat, pangkat yang lebih tinggi daripada si lelaki.
Berbaju biru bermaksud pangkat rendah.
Berbaju ungu bermaksud pangkat yang lebih tinggi.
Sayang, hanya aku tahujatimutidak setulus hatikuyang berbaju ungu.Wanita tersebut mengatakan bahawa dia adalah lebih baik daripada si lelaki dan hatinya lebih tulus daripada si lelaki dalam melakukan pekerjaan itu. Memandangkan kini, wanita tersebut mempunyai pangkat yang lebih tinggi, dia ingin membuktikan bahawa dia boleh membuat pekerjaan itu dengan baik juga.
Bila begini,sebilah pisaumu aku tidak gentarApabila wanita itu sudah 'berbaju ungu', dia sudah tidak takut lagi dengan apapun perbuatan si berbaju biru kerana dia mempunyai kuasa. Dia boleh melakukan apapun kepadanya.
sepatah katabisa,aku merasa.Namun, walaubagaimanapun, dia tetap tidak boleh menerima kata-kata yang menyakitkan. Ini membuktikan walaupun dia sudah berbaju ungu, dia juga mempunyai perasaan dan akan rasa kepedihan kata-kata yang bisa.
Hati dan rasa mengajarkuaku menjadi lebih berani.